IPOH, 3 April -- Kehadiran jentera bomba klasik jenis Dennis Fire Enginekeluaran British yang dianggarkan berusia hampir satu abad dijangka menjadi antara tarikan utama pengunjung ke Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, di sini.Jentera vintaj yang dipercayai digunakan sekitar akhir 1930-an hingga 1950-an itu bukan sahaja mempamerkan keunikan reka bentuk klasik, malah menyimpan nilai sejarah penting dalam perkembangan awal perkhidmatan kebombaan di negara ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA