IPOH, 22 Feb -- Sukarelawan dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Berkat Manjoi dan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Sungai Tapah memilih pakaian sumbangan orang ramai sempena Program Pengumpulan Pakaian Raya Terpakai yang diadakan di Pusat Komuniti Manjoi Baru Tambahan hari ini.Golongan kurang berkemampuan serta mangsa yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di sekitar Gugusan Manjoi di sini boleh mendapatkan pakaian raya secara percuma sebagai persiapan sambutan Aidilfitri nanti.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA