MELAKA, 24 Ogos -- Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Gee Lye (kanan) memakaikan jaket pantulan cahaya kepada salah seorang penunggang motosikal pada majlis pelancaran Ops Sikap ke-24 dan Kempen Balik Kampung dan Rumah Selamat yang diadakan di hadapan pusat membeli-belah Melaka Mall di sini, hari ini.Kempen tersebut anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi keselamatan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Melaka.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA