MELAKA, 26 Ogos -- Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Gee Lye (kiri) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah (tengah) dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman (kanan) menunjukkan komputer yang dirampas apabila polis menumpaskan sindiket mesin judi berkomputer, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah, hari ini.Polis juga berjaya menumpaskan sindiket mencuri alat pendingin hawa dan motosikal.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA