KUALA PILAH, 29 Ogos -- Pintu masuk ke Taman Ular Hutan Rekreasi Ulu Bendul yang terletak di Km20 Jalan Seremban-Kuala Pilah dibuka sejak Oktober tahun lepas bukan sahaja menarik ramai pengunjung malah menjadi pusat penyelidikan reptilia tersebut.Taman seluas empat hektar yang dikendalikan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan itu mempunyai 42 ekor ular terdiri daripada 11 spesies. Tarikan terbaru di situ adalah ular sawa batik seberat 90 kg dengan panjang lebih enam meter. --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA