KUALA PILAH, 29 Ogos -- Rumah atau bangunan yang menempatkan ular anaconda yang dipelihara di Taman Ular Sawa di Hutan Rekreasi Ulu Bendul, terletak di Km20 Jalan Seremban-Kuala Pilah.Taman seluas empat hektar yang dikendalikan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan itu mempunyai 42 ekor ular terdiri daripada 11 spesies. Tarikan terbaru di situ adalah ular sawa batik seberat 90 kg dengan panjang lebih enam meter. --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA