KUALA PILAH, 29 Ogos -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga kiri) cuba memegang anak ular sawa yang dipelihara di Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul ketika melawat taman itu tidak berapa lama dulu.Taman seluas empat hektar yang dikendalikan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan itu mempunyai 42 ekor ular terdiri daripada 11 spesies. Tarikan terbaru di situ adalah ular sawa batik seberat 90 kg dengan panjang lebih enam meter. --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA