KUALA PILAH, 29 Ogos -- Salah seekor ular sawa yang terdapat di Taman Ular Sawa Hutan Rekreasi Ulu Bendul di Km20 Jalan Seremban-Kuala Pilah. Taman seluas empat hektar yang dikendalikan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan itu mempunyai 42 ekor ular terdiri daripada 11 spesies. Tarikan terbaru di situ adalah ular sawa batik seberat 90 kg dengan panjang lebih enam meter.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA