BAGAN SERAI, 14 Jan -ââââÅ¡¬œ Pekerja ternakan ikan sangkar menjalankan kerja-kerja di sangkar semasa Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perak mengadakan tinjauan dan pemantauan aktiviti nelayan serta akuakultur di daerah Kerian, hari ini.LKIM Perak mempergiat penglibatan dalam sektor akuakultur di negeri ini sebagai langkah strategik bagi meningkatkan pengeluaran sumber makanan negara, dengan Perak dikenal pasti sebagai antara negeri tumpuan pelaksanaan projek bagi tahun 2026.Pengarah LKIM Perak, Ahmad Zulkifli Ismail berkata, tumpuan itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan persatuan nelayan dan pengusaha tempatan, selain sokongan berterusan Kerajaan Negeri Perak.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA