KUALA KANGSAR, 17 Mac -- Setiausaha Persatuan Penggemar Panjut Kampung Ribu Ahmad Ridzuan Kamaruddin, 45, menyalakan panjut pada struktur panjut gergasi bertemakan Masjid Selat Melaka ketika tinjauan fotoBernama di Kampung Ribu di sini malam tadi.Tradisi pembinaan panjut gergasi yang akan dinyalakan pada malam ke-27 Ramadan itu dihidupkan semula sejak lebih 10 tahun lalu oleh persatuan berkenaan sebagai usaha memelihara warisan budaya masyarakat setempat.Program yang bermula sejak 2014 itu menyaksikan antara 1,000 hingga 1,400 pelita panjut digunakan setiap tahun, manakala sekitar 130 hingga 150 batang buluh diperlukan bagi membina struktur panjut mengikut tema tertentu termasuk rekaan masjid-masjid terkenal di negara ini.Acara berkenaan bukan sahaja menjadi tarikan penduduk setempat, malah turut menarik ribuan pengunjung dari seluruh Perak dan pelbagai negeri yang hadir untuk menyaksikan keunikan tradisi tersebut setiap kali Ramadan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA