TELUK INTAN, 27 Mac -- Perusahaan ternakan katak 'Bullfrog' yang diusahakan Chong Zheng Xian di Kampung Chui Chak baru-baru ini.Di sebalik imejnya yang sering dianggap sebagai haiwan eksotik yang agak menggelikan dan menakutkan bagi sesetengah orang, namun tidak bagi sebuah keluarga di sini yang menjadikan katak lembu sebagai sumber rezeki mereka sejak lebih tiga dekad lepas.Bermula dengan hanya 100 kolam, Chong Zheng Xian berkata mereka kini memiliki lebih daripada 500 kolam bersaiz satu meter bagi memenuhi permintaan yang begitu tinggi bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina Malaysia tetapi juga negara jiran, Singapura.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA