BESUT, 6 Sept -- 13 JAM TERKANDAS... Sebahagian daripada 49 penumpang sebuah bas ekspres yang beralamat di Padang Meha, Kulim Kedah dalam keadaan yang tidak menentu dan terpinga-pinga sementara menunggu status perjalanan mereka ke Kangar, Perlis.Mereka terkandas lebih 13 jam di Stesen Bas Jerteh, dekat sini setelah pemandu bas tersebut enggan memulakan perjalanan kerana mendakwa terdapat lebihan penumpang bagi perjalanan tersebut.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA