IPOH, 7 Jan -- Peniaga, Liew Wan Wah, 46, (kanan) bersama rakannya, Leong Hoi Aw, 52, hadir di Mahkamah Tinggi hari ini untuk mendengar keputusan kes mereka yang didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine lima tahun lalu.Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintahkan Liew membela diri selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, manakala Leong dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan yang sama.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA