IPOH, 3 April -- Pengunjung cilik berpeluang mencuba jentera bomba klasik jenis Dennis Fire Engine keluaran British yang dianggarkan berusia hampir satu abad yang dipamerkan pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru hari ini.Jentera vintaj yang dipercayai digunakan sekitar akhir 1930-an hingga 1950-an itu bukan sahaja mempamerkan keunikan reka bentuk klasik, malah menyimpan nilai sejarah penting dalam perkembangan awal perkhidmatan kebombaan di negara ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA