IPOH, 14 April -- Penolong pegawai kesihatan persekitaran didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan tahun lepas.Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Nazmi Khalid, 41, dan memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA