MELAKA, 19 Sept -- MENYELERAKAN... Para tetamu dijamu dengan sate celup ala "stemboat" ketika tinjauan fotoBERNAMA pada jamuan Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri di Lorong Pandan, hari ini.Sate celup terkenal di Melaka dan Pulau Pinang dan lazimnya dijual oleh peniaga berbangsa Tionghua.Ianya terdiri daripada juadah hampir serupa dengan makanan Yong Tau Fu seperti jejari ketam, sotong, kulit tauhu, kerang, bebola ketam, udang, ikan, telur puyuh termasuk pelbagai jenis sayuran seperti kangkung, terung, dan bendi.Sate celup ini biasaya dijual antara 80 sen sehingga RM3 secucuk. Pelanggan memilih dan mencelur sate tersebut sebelum menikmatinya dengan kuah pencicah.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA