KUALA LUMPUR, 26 Sept -- Kelihatan pelbagai jenis sisa pepejal yang dikumpulkan di tapak pelupusan sisa pepejal bukan sanitari Pulau Tioman. Melihat kepada kepelbagaian sisa pepejal itu, jelas menunjukkan masyarakat masih belum prihatin dan mengambil enteng dalam kepentingan 'mengitar semula'.Menerusi pelaksanaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuatkuasa pada 1 Sept lepas, dilihat berupaya meningkatkan keprihatinan masyarakat untuk turut serta membabitkan diri dalam pengurusan sisa pepejal bermula dari rumah lagi.-- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA