KUCHING, 12 Januari -- Tradisi kunjung-mengunjung di Sarawak tidak terhad kepada mengunjungi rumah terbuka. Ini kerana bagi penduduk Kampung Bako yang terletak di tepi sungai kira-kira 30 km dari sini, mereka mempunyai amalan tradisi yang unik apabila mengadakan "rumah terbuka" di dalam perahu. Tradisi ini dilakukan apabila penduduk kampung berkenaan bertemu dengan kenalan atau saudara-mara di tengah-tengah sungai sewaktu dalam perjalanan hendak berkunjung ke rumah lain atau apabila tidak ada kesempatan berbuat demikian kerana kesuntukan masa. Tradisi ini diteruskan sehingga kini apabila Sapawi Basri,31, (bersongkok) serta keluarganya sempat bersalam-salaman dengan saudara-mara di dalam perahu sewaktu dalam perjalanan balik ke Kuching. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA.