IPOH, 2 April -- Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Bahagian Korporat Anita Amri (tiga kanan) bersama kakitangannya membuat persiapan terakhir sebelum bermulanya Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 Perak yang akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya di sini selama tiga hari bermula esok ketika tinjauan Bernama hari ini.Sebanyak 100,000 pengunjung disasarkan hadir ke Program MADANI Rakyat (PMR) Perak 2026.Anita berkata PMR 2026 Perak merupakan kesinambungan inisiatif sejak tahun 2024 bagi memudahkan akses rakyat kepada pelbagai perkhidmatan, bantuan dan inisiatif kerajaan secara terus di satu lokasi strategik.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA