PULAU PINANG, 01 Jan. -- Kawan karib mengambil keputusan untuk mendaftar perkahwinan di tahun Millennium 2000 di sini hari ini. Loo Kok Ching,26,(kiri) dan rakannya Lee Keng Seong,23 (kanan) mengambil keputusan untuk mendaftar perkahwinan di Dewan Perhimpunan China negeri di sini hari ini sebab mereka mempercayai alaf baru ini akan memberi berkat kepada pasanganya dan juga menjadi satu tanda peringatan sepanjang hayat mereka.Loo dan Lee mencium pasangan masing-masing, Beh Sook Boey,23, dan Tan Siew Lay,22 selepas mendaftar perkahwinan.Mereka juga menjadi saksi diantara satu sama lain di majlis tersebut. -- FotoBernama Hakcipta Terpelihara