SUNGAI BULOH, 26 Jan -- LIMAU TUAH... Pokok-pokok limau kasturi berwarna keemasan, yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina boleh membawa tuah, kini sedia untuk dijual kepada orang ramai. Sepohon limau berbuah ranum yang ditanam dalam pasu khas dijual di antara RM25 hingga RM1,000 bergantung kepada saiznya.Benih pokok limau kasturi ini dari baka yang dipilih setiap tahun bagi mendapat anak benih yang baik membolehkan pengeluaran buah yang lebat dan menarikSetiap kali tiba musin Sambutan Tahun Baru pokok-poko klimau kasturi ini dibeli untuk dijadikan selain hiasan ruang legar rumah kerana dipercayai boleh membawa tuah, kebaikan dan kemakmuran kepada penghuni. Kelihatan pokok-pokok limau yang berumur setahun ditaman untuk dijual disalah sebuah Nursery , Jalan Hospital, Sungai Buloh.