KUALA TERENGGANU, 4 Okt -- Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, Rabiah Abdul Samat memeriksa alat tulis pelajar Autisme Muhammad Danial Zainuddin sebelum memulakan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di sini hari ini.Danial, 16, pengidap sindrom Autisme merupakan calon PMR pendidikan khas yang berpeluang cerah mendapat 9A berdasarkan pada prestasi semasa dan keputusan ujian percubaan baru-baru ini. Seramai 23,157 calon dari 137 buah sekolah di negeri ini menduduki PMR yang bermula hari ini .fotoBERNAMA(2011) HAKCIPTA TERPELIHARA