PENDANG, 12 April -- NENAS GANJIL....... seorang pesawah padi terkejut besar apabila nenas yang ditanam di hadapan rumahnya berbuah ganjil.Zakaria Abdul Aziz, 68, mendapati nenas itu berbuah kembar pada satu pokok dan berbentuk seakan-akan kipas dengan mempunyai 64 pucuk tunas.Benih nenas dari jenis "morrish" itu diperolehi dari pekan Jitra dan di tanam di hadapan rumahnya di Kampung Kepala Bukit, Tobiar dekat sini.Zakaria yang ditemui hari ini, berkata nenas terbabit akan dituai oleh Exco Kerajaan Negeri, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri Datuk Zainol Md Isa pada Jumaat ini dalam satu majlis ringkas yang diadakan nanti.Katanya lagi, seorang peniaga Cina yang datang ke rumahnya berminat untuk membeli nenas itu untuk dijadikan ubat tradisional tetapi dia enggan menjualnya.Zakaria sedang menunjukkan nenas ganjil berbentuk kipas yang ditanamnya.-- fotoBernama hakcipta terpelihara.