JOHOR BAHRU, 5 Mei -- Perkhidmatan teksi rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia diperluas bermula semalam, membolehkan teksi berlesen beroperasi dengan lebih fleksibel di kedua-dua negara dalam usaha memudahkan perjalanan, selain memastikan persaingan yang adil dan penguatkuasaan yang berkesan.Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, kementerian pengangkutan Singapura dan Malaysia memaklumkan langkah itu mencerminkan komitmen bersama dalam memastikan perjalanan rentas sempadan yang selamat dan boleh dipercayai, di samping melindungi pemandu tempatan daripada perkhidmatan haram.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA