BACHOK, 6 Mei -- Buah mangga Harumanis yang diusahakan Mohd Rudzuan Jusoh, 53, tumbuh subur di Ladang Harumanis Kuala Rekang, Melawi.Inisiatif itu tercetus pada penghujung 2019 hasil perbincangan bersama rakan sekampung sebelum berkembang menjadi projek pertanian berkelompok melibatkan lebih 40 peserta.Cadangan ini mendapat sambutan kerana peserta mahu memanfaatkan tanah bekas tanaman tembakau yang terbiar, selain menjana pendapatan baharu melalui pertanian bernilai tinggi. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA