TUMPAT, 6 Mei -- Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan Kamarul Zaman (empat, kiri) bersama bersama para pelajar menunjukkan madu kelulut yang diperoleh elepas menyedut madu kelulut dari sarangnya ketika ditemui pemberita di Laman Lestari Kelulut SMK Berangan di sini.Dalam usaha memperkasa kualiti sistem pendidikan secara holistik SMk Berangan telah mengorak langkah dengan melaksanakan projek penternakan lebah kelulut sebagai medium pembelajaran berasaskan pengalaman kepada para pelajar.Inisiatif yang diperkenalkan itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mempelajari teknik penjagaan lebah kelulut selain berpeluang mengendalikan sendiri sarang kelulut serta memahami proses penghasilan madu secara semula jadi.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA