TUMPAT, 6 Mei -- Antara sarang kelulut yang menghasilkan madu kelulut yang diusahakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berangan ketika ditemui pemberita di Laman Lestari Kelulut SMK Berangan di sini.Dalam usaha memperkasa kualiti sistem pendidikan secara holistik SMK Berangan telah mengorak langkah dengan melaksanakan projek penternakan lebah kelulut sebagai medium pembelajaran berasaskan pengalaman kepada para pelajar.Inisiatif yang diperkenalkan itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mempelajari teknik penjagaan lebah kelulut selain berpeluang mengendalikan sendiri sarang kelulut serta memahami proses penghasilan madu secara semula jadi.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA