KUALA TERENGGANU, 3 Nov --Pemuzik kumpulan Mugenjuku memainkan alat muzik Shamisen lengkap berpakaian tradisional ketika membuat persembahan di Dewan Sultan Mizan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini malam tadi. Kumpulan Mugenjuku dianggotai 20 pemuzik bermain Shamisen iaitu sejenis instrumen klasik Jepun berbentuk seakan-akan gitar yang membuat persembahan di negara ini atas usaha sama Jabatan Bahasa dan Komunikasi UMT untuk program pertukaran budaya. Kumpulan berusia 15 tahun itu pernah mengadakan persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Greece dan Rusia. --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA