KUALA TERENGGANU, 3 Nov --Seoarang anggota kumpulan Mugenjuku menunjukkan cara memainkan Shamisen kepada beberapa pelajar Universiti MAlaysia Terengganu (UMT) selepas mengadakan persembahan muzik Shamisen di Dewan Sultan Mizan UMT di sini malam tadi.Kumpulan Mugenjuku dianggotai 20 pemuzik bermain Shamisen iaitu sejenis instrumen klasik Jepun berbentuk seakan-akan gitar yang membuat persembahan di negara ini atas usaha sama Jabatan Bahasa dan Komunikasi UMT untuk program pertukaran budaya. Kumpulan berusia 15 tahun itu pernah mengadakan persembahan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Greece dan Rusia. --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA