KUALA LUMPUR, 4 Mei -- Keinginan menikmati keenakan buah durian segar selain hasrat melihat sendiri keindahan pantai Malaysia, mendorong Yang Zhi Jun, 21, dari Chengdu, China mempelajari dan menguasai bahasa Melayu.Malah, wanita tersebut yang sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Bahasa Melayu di Universiti Pengajian Bahasa Asing Chengdu, memasang angan-angan untuk menjejakkan kaki di Malaysia sejak tiga tahun lalu.Lewat April, impian siswi tahun tiga ini tercapai apabila dia tiba di negara ini sebagai antara 59 peserta Kem Interaksi Bahasa dan Budaya Belia China-Malaysia 2026 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka serta 13 buah institusi pengajian tinggi di China.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA