MELAKA, 9 Nov -- Ketua Polis Melaka, SAC Datuk Chuah Ghee Lye (kanan) menunjukkan motosikal, rangka motosikal, enjin dan komponen motosikal yang dirampas dari sindiket curi motosikal yang dikenali sebagai 'Geng Acat C70' selepas sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Bukit Beruang di sini, hari ini.Turut sama Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan), Supt Sharul Lalli Masduki (kiri).Geng yang dipercayai aktif melakukan aktiviti curi motosikal tersebut sejak penghujung 2008 itu dianggotai oleh 11 lelaki berusia antara 16 dan 22 tahun dimana lapan daripadanya tidak mempunyai pekerjaan sementara tiga lagi merupakan pelajar sekolah menengah di Alor Gajah.--fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA