KUCHING,11 Nov -- Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot melihat keratan akhbar pada sidang akhbar mengenai "Keldai Dadah" ketika mengulas kes seorang jururawat, Beatrice Laus Johie, 27, dari Kuching, yang didakwa di Mahkamah Majistret Melbourne pada Isnin lepas kerana cuba membawa masuk kira-kira 1.5 kilogram heroin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, melalui beg pakaiannya.Menurut laporan akhbar, Beatrice, yang ditahan reman sebelum hadir di mahkamah pada 9 Jan, tertakluk kepada pemeriksaan bagasi oleh pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan selepas dia tiba di lapangan terbang berkenaan dari Kuala Lumpur. --fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA