KUALA LUMPUR, 6 Mei -- Buruh binaan Md Romjan Ali dipenjara enam bulan dan didenda RM15,100 oleh empat Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencabul lima wanita di kawasan stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) di sekitar ibu kota, bulan lepas.Warga Bangladesh berusia 41 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin, Faezahnoor Hasan, Nurul Izzah Hasan Basri dan Farah Nabihah Muhamad Dan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA