KUANTAN, 4 Mei -- Pengerusi Persatuan Suri dan Pegawai Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perisma) Pahang, Datin Suraya Jusoh (tengah) bergambar bersama mangkuk tingkat yang diketengahkan sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang di sini, hari ini. Inisiatif itu dilaksanakan oleh Perisma Pahang sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen anggota bomba yang sentiasa bertugas tanpa mengira waktu demi keselamatan orang awam. Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun sebagai tanda penghargaan terhadap pengorbanan dan khidmat anggota bomba dalam memastikan keselamatan awam.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA