KOTA KINABALU, 26 Nov -- KELUARGA CEMERLANG ... Penerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Psikologi, Ananglangka Mad Kassim (kiri) menerima ciuman tahniah daripada anaknya, Nuradieana Afiza Mohd Hamid yang menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Ekonomi) selepas majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.Ananglanka Mad Kassim yang mempunyai lima orang anak dan bertugas sebagai Guru Kaunseling di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Likas berkata, pengalaman dan pengatahuan yang diperolehi semasa menjalankan tugas di seluruh pelusuk Sabah telah banyak membantu beliau berjaya dalam pengajiannya meskipun umur sudah hampir separuh abad.Seramai 4,484 pelajar menerima ijazah sempena Konvokesyen UMS tahun ini.--fotoBERNAMA (2011) HAK CIPTA TERPELIHARA