TAIPING, 6 Mei -- Pengarah syarikat pengilang minyak masak dan sabun Oh Ah Heng, 51, didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini atas 10 pertuduhan gagal membayar cukai jualan bagi tempoh antara 2023 hingga 2024 lepas.Orang Kena Saman (OKS) yang mewakili syarikat Yongxing Edible Oil Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Noor Sakinah Harron Arashid dan Suriyanilakma Abdul Kadir. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA