TAPAH, 5 Mei -- Bapa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, Azhar Khaiden (kiri), membaca doa selepas menunaikan solat Asar ketika ditemui di Surau Al-Fahmi, Kampung Poh Tambahan di sini semalam.Pelbagai aktiviti keagamaan di Surau Al-Fahmi, Kampung Poh Tambahan dekat Bidor menjadi pengubat kerinduan seorang bapa terhadap pemergian Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang terkorban dalam tragedi berdarah di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, dua tahun lepas.Azhar, 56, berkata surau yang dinamakan sempena nama anaknya itu kini menjadi tumpuan penduduk setempat untuk menunaikan solat lima waktu, selain turut menjadi pusat pengisian ibadah dan perhimpunan komuniti kampung.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA