IPOH, 10 Mac -- Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menahan lapan individu beragama Islam dalam satu operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Ops Ponteng di kawasan Jubilee Park hari ini kerana disyaki makan, minum dan berjudi pada waktu siang sepanjang Ramadan.Ketua Pegawai Penguatkuasaan Agama JAIPk, Ashraf Ismail berkata operasi berkenaan dijalankan selepas pihaknya melakukan risikan selama kira-kira seminggu di lokasi tersebut yang dipercayai menjadi tempat segelintir individu Islam tidak berpuasa.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA