IPOH, 17 Feb -- Isteri kepada pemilik Kedai Biskut dan Kuih, IXiang Biscuits and Confectionery, Liew Ming Foon, iaitu Teoh Fei Looi, 54, membungkus biskut 'Ma Ti Su' atau lebih dikenali sebagai Heong Peng di kedainya baru-baru ini.Kedai yang terletak di Jalan Tambun Baru di sini sememangnya sudah tidak asing bagi penggemar biskut 'Ma Ti Su' atau lebih dikenali sebagai Heong Peng oleh masyarakat di sini.Perniagaan yang mempunyai sejarah lebih 40 tahun itu masih mengekalkan kaedah tradisi pembuatan biskut yang dibakar secara tradisional menggunakan tempayan tanah liat dengan bahan bakarnya daripada arang dan tempurung kelapa.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA