IPOH, 18 Feb -- Mangsa banjir, Zunariah Mokhtar, 53, tekun mencuci lantai kediamannya yang diselaputi lumpur dan sisa air selepas kawasan sekitar Manjoi dilanda banjir kilat ketika tinjauan hari ini.Hujan lebat hampir dua jam pada Isnin, 16 Feb lalu, menyebabkan beberapa kawasan di Ipoh dinaiki air setinggi kira-kira satu meter sehingga memaksa penduduk meninggalkan rumah masing-masing demi keselamatan.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA