IPOH, 23 Jan -- Balu Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin, Merli Zaifa Abdul Sani, 44, menyiram air ke pusara suaminya selepas selesai urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Jamek Tanjung Rambutan, hari ini.Jenazah pegawai kanan Pasukan 69 Komando (VAT 69), Allahyarham Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin, yang terkorban ketika menjalani latihan menyelam di Pulau Mataking, Semporna, Sabah, selamat dikebumikan pada 6.10 petang dalam suasana penuh hiba, disaksikan ahli keluarga, rakan setugas serta kenalan terdekat.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA