KANGAR, 9 Mac -- Orang ramai tidak melepaskan peluang memilih pakaian raya secara percuma pada Program Aidilfitri Free Market anjuran SWCorp Perlis dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Grass Malaysia Perlis di Bazar Ramadan Kuala Perlis.Program itu bertujuan membantu golongan memerlukan mendapatkan pakaian raya selain memupuk kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar.Inisiatif di bawah Projek Sinergi Kepimpinan Wanita itu mengumpul sumbangan pakaian seperti baju Melayu, baju kurung, jubah, kurta, samping dan tudung untuk diagihkan kepada individu kurang berkemampuan di Perlis.Program berkenaan turut menggalakkan masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse, Reduce, Reuse, Recycle dan Repurpose bagi mengurangkan sisa tekstil serta kesan negatif industri fesyen terhadap alam sekitar.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA