KANGAR, 10 Dis -- Panglima Markas 30 Briged Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim (tengah) bergambar pada Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT Zon Utara 2025 di Dewan Warisan, hari ini.Seramai 267 pelatih Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) hari ini menerima sijil tamat latihan kemahiran dan keusahawanan bagi mengiktiraf kejayaan para veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta peserta yang menamatkan pelbagai kursus di bawah program latihan PERHEBAT, yang bertujuan membantu mereka membina kerjaya kedua selepas menamatkan perkhidmatan.Program itu turut bertujuan memupuk kesedaran masyarakat terhadap sumbangan besar veteran ATM dan kepentingan latihan semula sebagai persediaan menghadapi kehidupan selepas perkhidmatan.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA