KANGAR, 9 April -- Seorang penjawat awam di Perlis direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM200,000 berkaitan urusan mendapatkan pelbagai Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang sebuah pertubuhan beruniform sukarela pada 2024.Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perintah reman terhadap lelaki berusia 57 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Nurul Natasha Rizal selepas permohonan reman dibuat SPRM Perlis hari ini.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA