KANGAR, 17 Feb -- Peniaga kedai runcit, Tan Cheng Hock, 74, dan isteri Low Lan Yin, 74, memberikan limau kepada pengunjung di Kampung Tengah, Seberang Ramai, Kuala Perlis sempena menyambut Tahun Baharu Cina. Pasangan warga emas itu adalah satu-satunya penduduk berketurunan Cina yang masih tinggal di kampung itu yang majoriti penduduknya adalah Melayu.Pasangan yang mengusahakan kedai runcit di Kampung Tengah sejak 40 tahun lalu itu tidak pernah berasa terasing kerana sudah dianggap sebahagian daripada keluarga oleh penduduk setempat.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA