MELAKA, 13 Jan -- Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Multimedia (MMU) Zamzuri Abd Majid (baju hijau) bersama 13 wakil badan kebajikan dari Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor yang menerima sumbangan bernilai RM33,380.70 hari ini.Sumbangan tersebut merupakan hasil jualan perniagaan melibatkan 130 premis perniagaan yang dikendalikan oleh 1,586 pelajar Asasi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat dan Undang-undang dan Pengurusan, cawangan Melaka dan Cyberjaya dalam Program Perniagaan Kebajikan pada 5 hingga 24 Dis lepas.Turut kelihatan Pengarah Pusat Pengajian Teras dan Pendidikan Lanjutan (FOSEE) universiti itu, Dr Madhubala Bava Harji (kiri) dan Ketua Bahagian Pengerusan dan Undang-undang FOSEE, Zalina Jaffar (kanan).--fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA