KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Kakitangan Malaysia Airlines (MAS) dan gabungan pelajar Unisel membuat persembahan teater muzikal "Flash Mop" di perkarangan Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di sini, hari ini.Persembahahan itu merupakan semangat baru bagi permulaan tahun 2012 dan kejutan kepada penumpang penerbangan MAS semasa ketibaan. Seramai 200 orang yang mengambil bahagian dalam persembahan itu yang termasuk kakitangan MAS dan jurutari profesional tempatan Pat Ibrahim. --fotoBERNAMA (2012) HAKCIPTA TERPELIHARA