KANGAR, 6 Mac -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis berjaaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis kanabis seberat 136.504 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM4,179,740 dalam serbuan di kawasan tepi batu, Jalan Pesisir Pantai, Ruat di Yan, Kedah pada 22 Feb lepas.Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata bertindak atas maklumat, pada 12.30 tengah hari pasukan operasi dari Cawangan Penguatkuasaan / Marin Kuala Perlis membuat serbuan di kawasan itu dan menemukan enam bungkusan plastik hitam ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA