KANGAR, 19 Mac -- Mohd Syazmin Saad, 25, tekun membantu menyiapkan tempahan capal di bengkel milik bapanya, Saad Saep, 60, yang juga seorang pembuat capal tradisional menjelang sambutan Aidilfitri di Kampung Chemumar Tengah, Simpang Empat, di sini.Menurut Saad, setiap kali musim perayaan, jualan capal boleh mencecah sehingga 8,000 pasang berikutan permintaan yang tinggi, terutama sepanjang Ramadan hingga malam raya.Beliau menghasilkan lapan jenis reka bentuk menggunakan kulit asli dan PVC, dengan harga antara RM35 hingga RM250 sepasang bergantung pada kualiti bahan serta kerumitan corak.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA