GEORGE TOWN, 18 Jan -- Pengurus Restoran Jaya, S.Ambananthan (dua, kanan) berbincang dengan pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang datang untuk merobohkan struktur tambahan restoran berkenaan di Jalan Gelugor, hari ini.Pemilik restoran berkenaan yang juga Ketua Pemuda MIC negeri, J.Dhinakaran menyatakan bahawa motif perobohan struktur tambahan adalah agenda politik yang dimainkan oleh parti pembangkang.Namun, pihak MPPP menangguhkan kerja-kerja merobohkan struktur tambahan berkenaan apabila pengurus restoran berkenaan memberi surat jaminan bahawa pemilik restoran berkenaan akan berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab esok untuk berbincang dengan isu perobohan tersebut.-- fotoBERNAMA(2012)HAKCIPTA TERPELIHARA